Monday, February 14, 2011

Budak bermain dengan ikan jerung!



Ikan jerung ?merupakan ikan yang paling ganas di atas muka bumi ini. Kepantasan ikan ini boleh disamakan kelajuan sebuah bot atau kapal sebesar 2x2. Saintis mengkaji bahawa animal  ini boleh mencecah kelajuan sehingga 80 km sejam. Makanan kegemarannya tak lain tak bukan daging kan. Semua dah tau. Apa yang penting berhati-hati la di dasar laut bukan di sungai. Di mana anda berada ia akan ada. Huhu. Tapi yang peliknya ada yang bermain dengannya.





GAMBAR yang dirakamkan James Morgan menunjukkan Enal bermain dengan seekor ikan jerung di perairan Sulawesi, Indonesia.

MANADO - Seorang jurugambar Britain, James Morgan merakamkan gambar seorang budak lelaki dikenali sebagai Enal bermain dengan anak ikan jerung di perairan Sulawesi, Indonesia.

Enal yang berketurunan Bajau Laut, menjadikan ikan jerung dan pelbagai spesies haiwan laut sebagai haiwan peliharaan.

Sejak berabad-abad lamanya, keturunan Bajau Laut menjadikan laut sebagai tempat tinggal mereka.

"Kanak-kanak dalam salah satu gambar saya ialah Enal dan ya, dia memelihara seekor ikan jerung," katanya.

Morgan, 24, yang merupakan bekas pelajar Universiti Sussex, Britain tinggal selama enam bulan dengan kaum Bajau Laut kerana dia mahu merakamkan kehidupan mereka yang unik..


Jangan tiru aksi budak tu ok;p

Sunday, February 13, 2011

pendapatan.com

Tips jana pendapatan dengan mudah,segera & pantas

Anda mencari perniagaan sebenar dan hanya ingin bekerja dari rumah?? Ini yang anda nanti-nantikan...
 
  
  
Sistem website yang mantap dan berkesan.
Tidak perlu menjual produk.
Disertakan sistem autoresponder yang canggih.
100% dilakukan secara online.
Nilai Bonus USD yang tetap iaitu 1 USD = RM3.80
Bimbingan disediakan untuk kejayaan.
Pejabat di Malaysia sudah beroperasi dan sah undang-undang.
Pembayaran bonus terus ke Akaun Bank Tempatan! secara mingguan!
 
   
   
   
   
   
   
   
 
Ramai Anak Muda Malaysia yang masih merupakan pelajar IPT sudah mampu membuktikan kejayaan di peringkat global..Anda bila lagi? Ayuh "online" bersama kami......

Saturday, February 12, 2011

Adakah anda tahu mengenai tubuh badan anda sendiri?

Salam...


Berikut adalah fakta-fakta mengenai tubuh badan manusia berdasarkan
> penyelidikan sains. Fakta-fakta ini mungkin masih tidak diketahui oleh ramai
> orang: *
>
> 1. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh
> meliputi Jalan Raya sepanjang 96,000 Kilometer .
>
> 2. Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 Meter
> sesaat.
>
> 3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi
> kawasan seluas 9.2 Meter persegi.
>
> 4. Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun.
>
> 5. Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh
> badan.
>
> 6. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.
>
> 7 . Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
>
> 8. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan
> keluar dalam tempoh seminit, iaitu
> kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
>
> 9. Secara purata sesaorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
>
> 10. Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.
>
> 11. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
> (sebab tuh kena sebut alhamdulillah, syukur sebab tak jalan terus.... bukan
> sebut pardon me or excuse me..)
>
> 12. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah
> Celcius.
>
> 13. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing,
> karbon untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7
> ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk
> mengisi tangki sebanyak 37 liter.
>
> 14. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan,
> ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis,
> masam dan sebagainya.
>
> 15. Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak
> sebelah kanan.
>
> 16 . Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif
> terhadap cahaya.
>
> 17. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih
> boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh
> tertentu.
>
> 18. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa
> selama 3 jam 30 minit. Ini
> bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.
>
> 19. Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati
> kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti
> yang disangkakan.
>
> 20. Secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula
> dan garam setahun. 

Tips menjadi HOT! di kalangan rakan2 anda

Nak jadi popular di kalangan rakan-rakan sekolah anda? Sila amalkan tips-tips berikut yang disarankan oleh pakar-pakar psikologi. 

Kegiatan tambahan
Sentiasa penuhi masa lapang anda dengan aktiviti-aktiviti yang positif dan berfaedah sama ada disekolah atau diluar sekolah. Selain daripada dapat memenuhi masa lapang, inilah ketikanya yang baik untuk kita didekati lebih ramai kenalan baru. 

Mudah diajak 

Jadilah seseorang yang ramah, mudah didekati dan mudah diajak. Sesetengah orang mempunyai sikap ini secara semula jadi dan orang lain akan berasa rileks apabila berada bersamanya. Maka ambillah inisiatif untuk terlebih dahulu menyapa atau mengajak seseorang untuk berbicara. Mudah diajak di sini bermaksud terhadap kegiatan yang sihat. Pandai-pandailah kan? Takkan ke arah benda-benda yang tak senonoh pun kita mudah diajak... 

Pendengar yang baik 
Beri peluang untuk orang lain bertutur. Jangan pula anda yang menguasai setiap perbualan. Memang tidak mudah untuk menjadi pendengar yang setia, namun percaya atau tidak, sikap itulah yang paling mudah untuk membuatkan orang lain rapat dengan kita. Tetapi jangan pula asyik menjadi pendengar sepenuh masa atau tidak bercakap langsung! Nanti bosan pulak rakan kita itu. 

Jadilah dirimu sendiri 

Jangan cuba meniru gaya orang lain yang kita rasa popular. Ini kerana setiap personaliti yang baik mempunyai 'rakan'nya sendiri. Tambahan pula amalan meniru gaya personaliti orang lain tidak akan menghasilkan hubungan yang berkekalan. Malah pada suatu hari nanti mungkin rakan-rakan kita akan menuduh kita bersifat 'pura-pura'. Jangan lupa bahawa anda adalah anda. Jadilah diri anda yang sebenarnya. 

Hindari tekanan 
Setiap orang termasuk pelajar tidak akan dapat lari dari masalah tekanan atau 'tension'. Namun jangan jadikan masalah tension ini sebagai penghalang hubungan anda dengan rakan-rakan anda. Kalau nak diikutkan, tension tak akan habis sampai bila-bila pun. Oleh itu sekiranya kita menghadapi tekanan, janganlah dibebankan sama tekanan itu kepada rakan-rakan kita. Malah lebih tidak baik lagi sekiranya kita sengaja mahu rakan-rakan kita itu berkongsi tekanan dengan kita. Seorang rakan yang baik tidak akan menyusahkan rakannya yang lain. 

Peranan mata 
Ketika berbicara, pandang rakan kita terutama di matanya. Ini menunjukkan bahawa kita menghargai kehadirannya dan suka berbicara dengannya. Tambahan pula, memandang mata seseorang akan melahirkan sentimen yang lebih rapat dan mesra. Jangan memandang ke arah lain semasa rakan kita sedang berbicara kerana ini seolah-olah menunjukan kita tidak menyedari kehadirannya atau tidak sukakannya. Jangan pula memandang ketempat lain semasa kita sendiri sedang berbicara dengannya kerana sikap ini dianggap sedikit 'kurang ajar'. 

Bicara penuh semangat 
Jangan malu-malu untuk memulakan perbualan. Pilih topik yang menarik untuk dibincangkan dan cuba hindari topik yang membosankan. Orang yang mempunyai semangat yang tinggi ketika berbicara biasanya mempunyai ramai rakan kerana cara mereka itu memudahkan orang lain untuk mendekati mereka. 

Berketrampilan 
Penampilan diri mesti hebat atau 'baik mata memandang'. Imej diri perlu dijaga. Jangan mempunyai imej yang buruk atau tidak senonoh. Sudah pastilah rakan-rakan kita akan mengelakkan diri dari kita sekiranya kita membawa imej penyangak, penagih dadah atau perompak! Imej yang baik akan menyebabkan ramai rakan suka mendampingi kita. Memang ada pepatah Inggeris mengatakan 'don't judge a book by it's cover' namun secara umumnya imej luaran individu menjadi cerminan kepada personaliti dalamannya. Jadi sekiranya imej anda agak buruk, eloklah ditukar segera... 

Ketawa penawar jiwa 

Jangan biarkan rakan kita bersedih. Malah jangan pula menambahkan kesedihan mereka. Sedapat-dapatnya, cuba riangkan suasana. Cuba hiburkan rakan kita yang bersedih itu supaya dia kembali ceria. Sesungguhnya ketawa itu penawar segala kekesalan hati. Jadi ketawalah ha ha ha ha... Tapi jangan pula buat lawak bodoh atau cuba menandingi Senario di depan rakan-rakan kita yang bersedih. Ini kerana sekiranya tersilap haribulan, rakan kita rasa seolah-olah kena perli dan kita kena penampar percuma... 

Muka biar manis 

Jangan sentiasa bermuka masam atau simpan muka 'nak cari gaduh'. Secara umumnya kita akan menghindari rakan-rakan kita yang 'moody' atau kepala angin atau suka marah tak menentu. Sentiasalah berwajah manis dan ceria. Rakan-rakan kita akan turut berasa gembira apabila menghampiri kita. Jadi senyum-senyumlah selalu. Tapi jangan pulak kalau semasa bersendirian pun kita tersenyum-senyum seorang diri. Ini akan menyebabkan lagilah orang sukar menghampiri kita... takut entah-entah dah gila. Begitulah adanya. 


Jutawan perlu banyak membaca!

baca.jpgSalah satu kunci jutawan adalah menimba ilmu. Salah satu caranya adalah dengan membaca. Berapa banyak buku perlu di baca? 
Ketika Workshop Jutawan Internet saya menceritakan kunci-kunci jutawan dan salah satunya adalah membaca. Peserta mungkin ingat saya menyebut berapa banyak buku yang pernah saya baca bukan? Basically, berapa buku yang terdapat di perpustakaan di rumah…
Irfan khairi : >400 buku
Azizi Ali: 700 buku
Semalam saya menceritakan pengalaman saya bersembang dengan multimillionaire Dato’ Ghazali… agak agaknya berapa buku diperpustakaannya?
Jawapan:
Dato’ Ghazali : > 6,000!
Tersesak juga nafas apabila mendengar tu. Saya ingat saya sudah banyak membaca- 1 minggu 1 buku habis (give or take). Tetapi Dato’ Ghazali habis 3 buku dalam masa 1 minggu.
Jadi, it’s proven… untuk berjaya dari segi kewangan… perlu banyak membaca. Lagi banyak membaca, lagi hebat status kewangan anda- insyaallah! :)
ps: ini salah satu point daripada nota 3 muka surat saya sebutkan semalam :)

Tips & cara mengatasi jerawat yang anda tidak tahu

Ketika banyak orang berfikir tentang jerawat, mereka cenderung berfikir hanya berlaku kepada remaja, bagaimanapun,ia adalah  penyakit yang memalukan dan menjengkelkan yang boleh berlaku pada bila-bila saja, dan sebagai pesakit tahu, mempunyai kesan melemahkan. Karena, dalam banyak kes, ia terjadi padamuka, itu selalu terlihat, dan boleh menyebabkan malu, atau bahkan rumit dan pesakit semua akan cuba  mencari cara untuk mengatasi jerawat adalah keutamaan mereka.
Menghalau Mitos
Tentu saja, pemahaman lebih lanjut tentang jerawat adalah langkah pertama untuk perubatan, atau bahkan mengatasi jerawat. Dan ada banyak mitos, kesalahan-kesalahan dan penipuan yang perlu anda ketahui  sebelum anda mula mengatasi masalah jerawat anda, dan mencari cara untuk mengatasi jerawat. Banyak tuntutan telah dibuat bahawa coklat dan bahkan kebersihan yang buruk, menyebabkan jerawat. Itu tidak benar, dan jika anda ingin menyembuhkan jerawat, melarang coklat, atau scrub di wajah anda, bukan cara yang betul untuk mengatasi jerawat!
Diet yang seimbang
Sementara coklat mungkin telah diberi sebagai penyebab jerawat, tidak bermakna  semua makanan lain tidak akan menyebabkan jerawat. Kajian terkini telah menunjukkan bahawa makanan GI tinggi, diproses, karbohidrat olahan khususnya, mungkin ada hubungannya dengan penyebab jerawat. Ini juga dijumpai bahawa banyak orang dengan jerawat mempunyai tahap yang lebih rendah vitamin A dan E. Walaupun ini mungkin bukan kaedah “fool proof” untuk menyembuhkan jerawat, member perhatian kepada apa yang anda makan adalah penting untuk mengatasi jerawat
Mengatasi masalah jerawat
Setelah kita mengetahui apa yang tidak, dan apa yang menyebabkan jerawat, langkah seterusnya untuk mengatasi jerawat ialah dengan mencari rawatan yang sesuai. Ini boleh termasuk memerhatikan diet anda (idea yang baik untuk kesihatan umum pula),serta penyelesaian semulajadi atau herba. Salah satu, atau kombinasi ini dapat mengatasi  jerawat, tetapi menggabungkan mereka menjadi lebih kuat dan  akan hampir pasti menjamin mengurangkan, atau bahkan mengatasi jerawat selamanya.
Kebanyakan “counter treatment” direka untuk penyembuhan jerawat mengandungi bahan bakterisida, biasanya Benzoil daripada piridina, dalam pelbagai proporsi, yang membantu membunuh bakteria yang menyebabkan bintik-bintik. antibiotik topikal, seperti Erythromycin, juga membantu membunuh bakteria yang menyebabkan bintik-bintik, dan menyembuhkan jerawat semulajadi. Di antara yang terkini ubat umum untuk menyembuhkan jerawat adalah retinoid, walaupun ramai wanita dan kanak-kanak perempuan mendapati bahawa kontrasepsi oral, yang akan mempengaruhi keseimbangan hormon, juga membantu mengubati atau mengatasi jerawat.
ubat semulajadi yang mengubati atau mengatasi jerawat termasuk lidah buaya, calendula, vitamin B3 dan minyak pohon teh, antara lain, beberapa di antaranya mempunyai rekod yang baik untuk rawatan atau mengatasi jerawat. Ada rawatan, yang mungkin merangkumi kortison, atau steroid lain. Bahkan terapi cahaya atau laser telah membuktikan beberapa kejayaan dalam usaha untuk mengatasi jerawat.
Sebenarnya, tiada cara  yang sesuai untuk semua rawatan jerawat atau pil ajaib yang akan mengatasi jerawat secara semulajadi  dalam diri setiap orang. “Trial and error” dengan pelbagai kaedah, digabungkan dengan ketekunan, seharusnya membolehkan anda untuk mengatasi jerawat dalam masa yang singkat.

Rujukan; Online Beauty Health Center

Tips kewangan!

Tip kewangan semestinya akan mengandungi tip-tip kewangan peribadi. Insyaallah saya akan muatkan tip-tip yang saya kongsikan di ruang saya “WW-Bersama Irfan Khairi” di Astro Awani setiap Khamis (11.30 pagi / 4.30 ptg / 6.30 pagi).
wanganda-small.jpgJuga, sebagai susulan kepada CD motivasi kewangan saya “Wang & Anda” yang bakal diedarkan dalam bulan Ramadhan ini oleh Telaga Biru Sdn Bhd.
Mula-mula terfikir juga untuk buat blog berasingan “Wang & Anda”, tetapi, takut tak cukup masa maintain 2 blog sekali. Jadi, Tip-Satu-Minit berubah sedikit jadi Tip Perniagaan, Tip Kewangan & Tip Motivasi… boleh kan? :)
Tip Kewangan pertama sepertimana di WW semalam…
Bulan perayaan ini, pusat membeli belah, kedai-kedai, shopng complex semua akan mula menurunkan harga dari 20% hinggalah ke 70% discount.
Penurunan harga ini adalah untuk menarik emosi orang ramai membuat belian oleh kerana apa sahaja keputusan membuat belian, 90% datangnya dari emosi (bukan logik!)
Musim perayaan pula, emosi adalah pada tahap yang amat tinggi dan pusat membeli belah semuanya tahu berkenaan ini. Dengan itu, harga pun diturunkan sehingga 70%!
Beringat-ingat untuk tidak membazir. Bulan Ramadhan bukanlah perayaan membeli belah dan makan-makan. Tetapkan budget berapa anda ingin belanjakan bulan raya ini, dan stick to the budget. jangan terlebih budget anda. Inilah caranya untuk mengawal keputusan belian secara emosi- yang 90% tu!
Gagal merancang adalah merancang untuk gagal dalam kewangan!
ps: Di WW, saya akan beri 3 tip kewangan berdasarkan topik sebab diberi 7 minit. Di Tip Satu Minit, saya tulis 1 sahaja untuk memenuhi konsep Tip-Satu-Minit.

Di manakah tahap kewangan anda?

Terdapat 4 tahap kewangan bagi sesiapa sahaja. Untuk mencapai kejayaan dari segi kewangan, kita perlu ketahui di manakah keadaan kewangan kita kini. Sama seperti dalam mencapai apa sahaja matlamat, kita perlu ketahui di manakah kedudukan kita kini untuk mencapai matlamat tersebut. Dalam kata lain, untuk sampai ke poin B, kuta perlu ketahui poin A.
Di manakah tahap kewangan anda, adakah ianya pada tahap selamat ataupun tidak selamat? Pastinya semua orang mengimpikan untuk mencapai keadaan bebas kewangan ataupun, lebih daripada itu!
Artikel saya kali ini, adalah untuk anda cerminkan kedudukan anda sendiri dari segi kewangan.
Berikut adalah 4 tahap kewangan tersebut. Di manakah tahap kewangan anda?
#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)
Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan, anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup tanpa mengubah gaya hidup dengan wang simpanan yang ada.
Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi-makan pagi… kais petang makan petang. Zaman modern ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni… kais bulan depan, makan bulan depan ;)
Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat ini. Bayangkan sekiranya tempat anda kerja terpaksa melepaskan anda esok. Cukupkah simpanan yang anda ada untuk menyara hidup anda dan keluarga selama satu bulan? Sekiranya tidak, maka, perlu bunyikan siren amaran bahawa tahap kewangan anda tidak selamat!
#2: Kewangan Selamat (Financially secure)
Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya anda berhenti kerja (atau diberhentikan :) ) anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! kerana tidak ramai yang berada di sini.
Enam bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup. Matlamat utama anda sekiranya anda berada di tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini… cukupkan simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!

Akhbar dan majalah
Bagaimana hendak mencapai keadaan ini? Dengan mengamalkan tabiat menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan anda. Sekiranya anda merasakan ianya sukar untuk anda menyimpan 10% daripada simpanan anda, tidak mengapa. Mulakan dengan 2%. Pastinya anda boleh simpan 2% daripada pendapatan anda bukan?
Dengan bermula pada hanya 2%, anda akan menanam tabiat menyimpan, dan merasakan ianya mudah untuk menyimpan 2%. Apabila selesa dengan 2%, tambahkan simpanan kepada 4% sehingga rasa selesa, dan seterusnya 6%, 8% sehingga 10%.

Rujukan;

10 fakta peratusan lelaki terhadap wanita

- jika mreka berkmpul lbih dri 3 org,mrk akn berckap mengenai sukan berbanding mengenai teman wanita.

- lelaki menyukai sentuhan! mengapa tdak, ada sentuhan yg tdak blh disampaikan menerusi kata..




- 58% lelaki sependapat bhwa wanita yg bijak lebih seksi drpd wanita yg memiliki tbuh bdn yg menggoda.

- jumlah sperma seseorg lelaki akn berkurgn seiring dgn peningkatan usia.

- lelaki sejati tdk akn tertarik lgsung untk bergaul dgn lelaki gay.

- lelaki yg mempunyai rmbut tebal dan lebat menunjukkn dia seorng lelaki yg berani dan keras hat.i

- 88% lelaki mengakui tidk faham perlakuan dan bahsa tubuh yg cuba disampaikan oleh pasangan mereka.

- lelaki yg gemar meletakkan kedua2 tgannya di dalam poket seluar ketika berbicara dikatakan mempunyai thap keegoan yg tggi.

- 49% lelaki akan berdengkur ketika tidur berbanding wanita iaitu hny 22%.

- sedarkh kamu bhwa lelaki plg kurang menuturkan perkataan 'saya' berbanding wanita.

Wednesday, February 9, 2011

Lidah bergulung @ biasa saja

Salam


Adakah lidah anda boleh gulung atau normal saja?Apa komen anda mengenai hal ini. Bagaimana boleh berlaku?

Tips cari jodoh yang berkesan

www.malaysiamaya.com/






1. Semua orang Ada jodoh atau pasangan yang
menanti Dan biasanya ianya
Berada tidak jauh dari anda. Jarang orang
bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah Dan Kita wajib
berusaha. Doa, usaha yang
Betul Dan bersungguh-sungguh disertai dengan
tawakkal, insyallah akan
Menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh
kerana mudah patah semangat.
Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna
agar diri anda jadi seperti
?magnet? Yang menarik bakal pasangan anda
kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati
yang murni. Berusahalah
Untuk mencuci hati anda daripada semua
perasaan yang negatif terhadap semua
Orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan
jaga ibadah, solat
Taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan
orang lain, meminta maaf,
Bersedekah Dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda Dan
anda akan menarik sayang
Terhadap anda. Jika anda membenci orang,
ditakuti bakal pasangan anda
Akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus
sentiasa bersedia untuk
Bertemu dengan pasangannya pada bila-bila
masa. Justeru, Kita perlu sentiasa
Dalam keadaan yang paling menarik setiap
masa. Tanggapan pertama adalah yang
Terpenting.





9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah
pakaiannya. Untuk perempuan,
Wajah Dan bentuk badan menjadi tarikan
pertama. Sediakan diri untuk menawan
Bakal pasangan anda.
10. Buka hati Dan minda anda untuk menerima
cinta. Cinta boleh
Berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah
datang kepada mereka yang sentiasa
Bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui Mata lalu turun ke hati.
Justeru, perhebatkan
Hubungan Mata secara memandang bakal
pasangan dengan penuh kasih
Sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran.
Hantarlah kasih sayang
Dan hasrat murni anda terhadap pasangan
dengan gelombang fikiran ini
Secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang Dan patah hati
sebab lewat menyatakan
Hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang
baik disegerakan (iaitu
Menyatakan perasaan anda kepada bakal
pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan
memulakan usaha untuk
Berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa
merasakan mereka yang memulakan perkenalan
Walaupun sebenarnya orang perempuan yang
mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra Dan
bersemangat menggunakan lidah,
Mata, hati Dan bahasa badan. Elakkan
bercakap sambil lewa atau kurang sopan
Terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa
yang dia suka. Beri tumpuan
Kepada minat Dan perasaannya. Elakkan sibuk
memberi tumpuan kepada diri
Sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti
kawan lama walaupun baru
Berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan
segera agar bakal pasangan
Rasa selesa.
18. Makin mudah Kita menceritakan hal peribadi
yang munasabah kepada
Bakal pasangan, semakin mudah dia
menceritakan hal dirinya kepada Kita.
19. Berdoa Dan latih diri agar Kita pandai
mendampingi orang lain Dan
Seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang
perangai yang
Menyebabkan orang benci kepada Kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang
yang masih Ada perasaan
Benci terhadap sebarang orang boleh
menyebabkan bakal pasangan benci atau
Tidak tertarik kepada Kita. Justeru buang
semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual Mahal terhadap
bakal pasangan. Tetapi,
Nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda
amat sukar untuk berkenalan
Dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada
perempuan yang simple,
Tidak materialistik, mudah berterima kasih Dan
redha dengan setiap pemberian
Lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada
lelaki yang memberi
Perhatian, penghargaan Dan penghormatan
kepada mereka. Justeru, orang lelaki
Janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah
orang perempuan.
Perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan,
kesukaan Dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada
kelemahan Dan kesilapan kecil yang
Ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali
mengutuk atau memalukan bakal
Pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan Dan
bahasa badan yang penuh
Kemesraan akan menambat lelaki terhadap
wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal
pasangan yang Ada persamaan Dan
Ada perbezaan sifat, tindakan Dan minat.
Terlalu banyak persamaan
Membosankan. Banyak sangat perbezaan
menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal
pasangan yang Ada sikap Dan
Sifat yang saling mengimbangi Dan
melengkapkan sikap Dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal
pasangan, nyatakan yang
Anda sering merasa atau berfikir seperti yang
dia rasa atau fikir.
Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan
berbual Dan bercakap. Lelaki
Bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu
kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal
pasangan yang mempunyai
Persamaan daripada berbagai segi seperti
kefahaman politik, aktiviti keagamaan,
Sikap terhadap harta, Wang Dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan
boleh serasi antara satu sama
Lain jika mempunyai satu atau dua persamaan
yang mendalam seperti suka
Kepada kucing, suka melancong atau suka
ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal
pasangan terhadap anda.
Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat
gelas, serentak
berdiri, serentak nak ke tandas.





34. Tawan hati bakal pasangan dengan
pamerkan emosi yang sama terhadap
sesuatu kejadian atau peristiwa ? sama-sama
gembira, sedih,
terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai
pentafsiran yang sama
mengenai hubungan ? tahap keakraban,
kebebasan, kebergantungan, pemberian,
pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal
pasangan anda. Bentuk
ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda.
Bentuk ciri-ciri ini
dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang
anda mempunyai ciri-ciri
tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa
syarat. Bakal pasangan anda
akan tertarik kepada anda jika anda
mengasihinya bukan kerana wajah, harta,
keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda
jika anda dapat bantu
mengukuhkan imej dirinya, rangsang
semangatnya dan pupuk keyakinan
dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau
memotivasi bakal
pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan
terus menjauhkan diri daripada
kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak
sebagai magnet yang
menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian
daripada kawan baru lebih bermakna
dan berkesan berbanding pujian daripada kawan
lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan
yang digemari bakal
pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa
istimewa dan dihargai dan akan tertawan
kepada anda.





42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan
anda yang orang lain tidak
nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan
bersemangat dan dia akan mudah
tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan
sering dipuji , cari pujian
yang original untuk menambat hatinya. Untuk
orang yang tidak popular,
sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap
pencapaian atau
kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan
melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan
keseronokan anda dengan
senyuman dan ucapan terima kasih dan
bersyukur. Dia akan rasa
dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ?kegilaan? bakal
pasangan anda.
Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab
keunikan tersebut. Ini buat dia rasa
istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu
cantik atau suami
terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan
yang setara dan sepadan dengan
kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar
untuk mendapat pasangan.
Carilah kecantikan yang ada pada anda dan
bentuk keyakinan diri. Hati yang
suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan
kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang
gentleman ? bersopan
santun, suka membantu, menghormati wanita,
berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan
belajar, perbaiki perangai
dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi,
murnikan hati, pemaaf dan
sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat
kelelakiannya di samping memasukkan
sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih
prihatin, memahami emosi ,
timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat
kewanitaan disamping menghayati
sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan,
memancing, dan aktiviti
macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan
terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap
bertanya tentang perasaannya,
aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya,
kebenciannya atau sebarang
perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang
perempuan harus elakkan diri dari
bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya
mengenai sesuatu perkara,
peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal
pasangan menempelak atau
menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki
tersebut. Ini cara terbaik
memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada
lelaki yang boleh mengaku
salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak
ansur, pandai mendengar,





bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang
perempuan harus fokus kepada
fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan
yang berjela-jela dan
memasukkan unsur perasaan akan membunuh
minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah
dengan kasih sayang. Tanya
kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan
jangan komen atau cuba beri
nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada
lelaki yang pandai mendengar dan
sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya
kenapa dia marah.
Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana
yang tenang. Doakan dia dan beri masa Untukdia
merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara
terus terang, ringkas Dan objektif. Orang
perempuan sering bercakap secara berlapik,
terperinci Dan Banyak yang tersirat.
ADA banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan dalam hubungan anda sebagai pasangan kekasih kerana ia akan mempengaruhi masa depan kehidupan anda bersama.
Perkahwinan bukan sekadar berpandukan kepada cinta semata-mata. Jika cinta yang dijadikan asas, besar kemungkinan perkahwinan yang didirikan berhadapan dengan pelbagai masalah.
Pandangan keluarga, perancangan masa depan, persamaan dan perbezaan antara anda dan teman perlu dibincangkan bersama sebelum anda mencapai kata sepakat untuk mendirikan rumah tangga.
Bak kata orang, perkahwinan bukan sekadar anda dan pasangan, sebaliknya ia membabitkan banyak pihak dan isu. Ketika bercinta semuanya indah, tetapi apabila sudah melangkah ke alam perkahwinan barulah tampak kepincangan masing-masing.
Tanpa perbincangan, anda akan mengalami pelbagai masalah kelak, justeru tetapkan hala tuju anda dan pasangan sebelum mengambil langkah lebih serius. Persoalan berikut mungkin boleh dijadikan pertimbangan.
Pengalaman ketika kecil ketika bersama keluarga.
Apakah pengalaman duka masa kanak-kanak akan menjejaskan perkahwinan anda?
Kasih sayang daripada ibu bapa.
Apakah ibu bapa anda mesra, mengambil berat dan penyayang atau adakah mereka sering berselisih faham?
Latar belakang agama.
Adakah anda seorang yang beriman dan bertakwa?
Pendidikan.
Apakah anda dan pasangan memiliki taraf pendidikan yang sama? Apakah anda berasa tergugat jika pasangan anda memiliki taraf pendidikan yang lebih tinggi? Apakah anda bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran?
Latar belakang budaya dan sosioekonomi.
Bandingkan latar belakang masing-masing – lebih besar perbezaan antaranya maka lebih besarlah kemungkinan wujudnya masalah berkaitan adat resam, kehidupan berkeluarga, harapan tradisi dan sebagainya.
Kepintaran.
Apakah anda lebih pintar daripada pasangan anda atau sebaliknya? Apakah ini mungkin mencetuskan rasa iri hati?
Hubungan dengan mentua.
Apakah pandangan saudara mara anda mengenai calon pilihan anda dan bagaimana hubungan anda dengan mentua?




Sikap dari segi kewangan.
Apakah anda akan berbincang mengenai cara menguruskan kewangan selepas berkahwin?
Bilangan anak.
Apakah anda dan pasangan bercanggah pendapat mengenai bilangan anak dan perancangan keluarga? Apakah anda berbincang mengenai tanggungjawab sebagai ibu bapa dan cara membesarkan anak?
Masalah seksual.
Apakah perasaan anda dan pasangan terhadap kemampuan seksual masing-masing? Anda berdua patut menjalani pemeriksaan fizikal dan khidmat kaunseling bagi memastikan tiada masalah seksual.
Pemilih tempat tinggal.
Di manakah anda berdua akan tinggal selepas berkahwin – di rumah sendiri atau mentua. Jika memilih untuk tinggal di rumah mentua dapatkah anda menyesuaikan diri dengan mereka?
Anda Bersedia Untuk Menjadi Ibu Bapa?
Dalam perkahwinan, pasangan biasanya akan merancang untuk mempunyai anak. Perkara ini wajar dibincangkan ketika anda merancang untuk berkahwin. Ada banyak persoalan yang perlu dijawab terlebih dulu. Adakah anda benar-benar mahukan anak? Berapa ramai? Bila? Anda dan pasangan wajar membincangkan tahap persediaan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa, juga sama ada anak akan melengkapi kehidupan berkeluarga serta beban kewangan yang bakal dihadapi.

Tidak tahu mencipta blog sendiri?

Mitos & Fakta Jerawat


SALAM....

JIKA berjerawat saat remaja, kemungkinan Anda sudah mendengar beragam nasihat, mulai dari sering-sering membersihkan wajah hingga mengurangi asupan cokelat. Akan tetapi, anjuran-anjuran tersebut kemungkinan hanyalah mitos semata. Berikut beberapa mitos lain yang bisa membantu Anda menangani jerawat di usia dewasa.





Orang dewasa tidak diserang jerawat lagi
Hal ini tidak benar adanya. Survei-survei telah menemukan sejumlah besar orang dewasa yang masih berjerawat di usia 30-an, 40-an, dan bahkan 50-an. Jerawat di usia 36 mungkin kelihatan berbeda (cenderung berupa bulatan merah di sekitar mulut dan rahang) dengan usia 16 (cenderung berupa bintik putih dan hitam yang tersebar di seluruh kening, hidung, dan pipi). Meskipun tampilannya berbeda, keduanya tetap saja jerawat.

Makan cokelat dan minum soda picu jerawat
"Kontroversi diet terhadap jerawat terus berlanjut," terang Amy Derick, MD, FAAD, seorang dermatolog dari Great Barrington, Illinois."Ide bahwa cokelat dan kafein menyebabkan jerawat belum pernah benar-benar terbukti," tutur Derick, seperti dikutip situs webmd.com. Beberapa studi, terang dia, telah menunjukkan bahwa produk susu kemungkinan memengaruhi jerawat, karena adanya hormon dan bakteri dalam susu."Tapi datanya tidak kuat. Dan saya tidak menganjurkan seorang perempuan berusia 30 untuk mengurangi asupan susu yang sangat diperlukan untuk kesehatan tulang," tegas Derick.

Stres picu jerawat
Mitos ini kemungkinan mempunyai beberapa fakta di kehidupan sebenarnya, tapi masih sulit untuk diukur secara pasti."Beberapa studi menemukan bahwa mahasiswa mengalami peningkatan jumlah jerawat selama mengikuti ujian akhir, tapi belum bisa dipastikan adanya hubungan sebab-akibat," terang Derick. Tidak semua mahasiswa mengalami penambahan jerawat selama menghadapi masa-masa yang penuh tekanan."Jadi, stres kemungkinan berperan. Tapi, kami belum melihat ada studi yang menunjukkan bahwa stres bisa memperburuk jerawat."

Jangan pakai sunscreen karena akan memperparah jerawat
Yang perlu Anda lakukan adalah memilih sunscreen yang tepat. Zat kimia dalam sunscreen, seperti Helioplex, menyebarkan sinar UV melalui rekasi kimia, sehingga bisa menimbulkan bulatan-bulatan akibat panas. Jika Anda rentan berjerawat, gunakan sunscreen fisik seperti zinc oxide.

Jerawat muncul karena kurang cuci muka
"Studi-studi pada remaja menunjukkan bahwa mencuci muka dua kali sehari lebih efektif dibandingkan hanya sekali, tapi tidak perlu lebih dari dua kali karena justru mengeringkan kulit," terang Derick. Produk pembersih (cleanser), terang dia, hanya bertahan di kulit selama lima detik.


Jerawat hanyalah masalah kecantikan semata
Jerawat memengaruhi perasaan Anda terhadap diri sendiri. Selain itu, jika tidak ditangani dengan benar, jerawat bisa meninggalkan bekas luka permanen.

Anda hanya perlu menunggu dan jerawat akan hilang dengan sendirinya. Sekarang ini, Anda bisa memilih berbagai pengobatan jerawat yang tersedia. Dermatolog bisa membantu Anda memilih perawatan yang tepat. Anda bisa membersihkan jerawat dengan menggosok. Menggosok merupakan hal terburuk yang bisa Anda lakukan."Menekan dan menggosok kulit akan meninggalkan bekas luka," terang Derick."

Sumber bacaan: http://www.metrotvnews.com/mobile-site/text-detail.php?read=17941&tgl=2010-05-16