Saturday, February 12, 2011

Tips kewangan!

Tip kewangan semestinya akan mengandungi tip-tip kewangan peribadi. Insyaallah saya akan muatkan tip-tip yang saya kongsikan di ruang saya “WW-Bersama Irfan Khairi” di Astro Awani setiap Khamis (11.30 pagi / 4.30 ptg / 6.30 pagi).
wanganda-small.jpgJuga, sebagai susulan kepada CD motivasi kewangan saya “Wang & Anda” yang bakal diedarkan dalam bulan Ramadhan ini oleh Telaga Biru Sdn Bhd.
Mula-mula terfikir juga untuk buat blog berasingan “Wang & Anda”, tetapi, takut tak cukup masa maintain 2 blog sekali. Jadi, Tip-Satu-Minit berubah sedikit jadi Tip Perniagaan, Tip Kewangan & Tip Motivasi… boleh kan? :)
Tip Kewangan pertama sepertimana di WW semalam…
Bulan perayaan ini, pusat membeli belah, kedai-kedai, shopng complex semua akan mula menurunkan harga dari 20% hinggalah ke 70% discount.
Penurunan harga ini adalah untuk menarik emosi orang ramai membuat belian oleh kerana apa sahaja keputusan membuat belian, 90% datangnya dari emosi (bukan logik!)
Musim perayaan pula, emosi adalah pada tahap yang amat tinggi dan pusat membeli belah semuanya tahu berkenaan ini. Dengan itu, harga pun diturunkan sehingga 70%!
Beringat-ingat untuk tidak membazir. Bulan Ramadhan bukanlah perayaan membeli belah dan makan-makan. Tetapkan budget berapa anda ingin belanjakan bulan raya ini, dan stick to the budget. jangan terlebih budget anda. Inilah caranya untuk mengawal keputusan belian secara emosi- yang 90% tu!
Gagal merancang adalah merancang untuk gagal dalam kewangan!
ps: Di WW, saya akan beri 3 tip kewangan berdasarkan topik sebab diberi 7 minit. Di Tip Satu Minit, saya tulis 1 sahaja untuk memenuhi konsep Tip-Satu-Minit.

No comments:

Post a Comment